Popular Posts

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan dan Tarawikh....

Alhamdulillah...hari ni hari ke 13 kita menjalani ibadah puasa...
Harap2 nye kita masih diberi keizinan untuk menamatkan bulan Ramadhan ini dengan sempurna...dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri....
Sy ingin berbicara tentang amalan sunat yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu solat sunat tarawikh...
Solat sunat tarawikh merupakan solat sunat yang dilakukan pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan ini, yang terdiri daripada 8,12 atau 20 rakaat...mengikut imam dan kemampuan kita sendiri....bukankah solat sunat tarawikh ini hanya dlakukan sekali dalam setahun???susah sangatkah untuk kita menjalankan solat sunat yang hanya mengambil masa selama lebih kurang sejam ini?sedangkan selama ini kita menghabiskan masa berjam-jam melakukan aktiviti yang tidak berfaedah....
Seseorang pernah berpesan kepada saya "ramadhan datang hanya sekali, jangn memberi seribu satu alasan hanya kerana kita penat melakukan tugas harian kerana kita tidak pernah tahu bahawa adakah kita masih berkesempatan untuk menemui bulan Ramadhan ini pada tahun hadapan"
Cubalah untuk menghayati pengertian bulan Ramadhan ini sendiri dan jalankan tanggungjawab kita sebagai umat islam.....
Peringatan ini juga saya sematkan di dalam hati saya supaya saya sendiri akan menjalankan tanggungjawab ini...InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment